Ramai yang beranggapan ‘marketing’ atau pemasaran merupakan satu perkara yang sukar dan memerlukan kos yang tinggi terutama dalam merangka satu strategi promosi perniagaan yang berkesan.
Anggapan sedemikian adalah tidak benar, ia memerlukan formula yang disepadukan agar tercapai matlamat pemasaran yang dirangka.
Strategi promosi perniagaan boleh diumpamakan seperti badan kita sendiri yang secara semula jadinya memiliki kerangka bagi melakukan bermacam-macam pergerakan.
Anda bebas ke mana-mana sahaja dengan jayanya kerana setiap hala tuju pergerakan anda telah disokong oleh kerangka tersebut.
Cuba bayangkan jika salah satu daripada kerangka itu patah, adakah anda mampu sampai ke tempat yang dituju dengan senang.
Strategi Promosi Perniagaan ‘Zero Cost Marketing’
Begitu juga dengan strategi promosi perniagaan yang bakal anda lakukan, perlu ada kerangka asas sebagai strategi, kadang-kadang ianya tidak perlu melibatkan kos yang tinggi.
Ramai di kalangan usahawan atau peniaga bergantung kepada promosi dalam talian dan sudah pasti mengharapkan kesan berganda dalam masa yang singkat tanpa perlu membuat pelaburan.
Tahukah anda, terdapat satu strategi promosi perniagaan online yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan modal yang besar.
Sekiranya anda berkeyakinan boleh melakukannya sendiri ianya umpama ‘zero cost marketing’ dan bakal menjadi trend untuk 2024.
Apa yang perlu anda lakukan hanya mengenal pasti perkataan-perkataan atau ‘keywords’ yang ada kaitan dengan perniagaan yang dilakukan dan tinggi jumlah cariannya di internet.
Strategi promosi perniagaan sebegini dipanggil ‘Search Engine Optimization’ (SEO) iaitu mengoptimumkan carian enjin internet seperti Google, Bing, Yahoo, Baidur dan lain-lain lagi.
Strategi Promosi Perniagaan Berada Dalam Kelompok Pencari
Salah satu kelebihan SEO ialah perniagaan anda berada dalam kelompok mereka yang mencari melalui perkataan-perkataan atau ‘keywords’ yang tinggi jumlah cariannya sebagaimana dinyatakan di atas.
Setiap carian pada enjin carian internet kebiasaannya menggunakan ‘search text’ seperti contoh ‘kasut bola’ yang akan memaparkan semua kasut bola pelbagai jenama yang ada di internet.
Apa yang dipaparkan dari atas muka hadapan adalah dalam bentuk ‘content marketing SEO’ atau Pemasaran Kandungan SEO yang bertujuan sebagai strategi promosi perniagaan bagi menarik mereka yang mencari menjumpai tentang sesuatu perkara.
Sekiraya anda berniaga atau membuka kedai peralatan sukan, bagaimana untuk membuat satu ‘content marketing’ agar ianya berada pada muka hadapan enjin carian secara organik apabila ada yang menaip perkataan ‘kasut bola’ seperti contoh di Google.
Inilah sesuatu yang menarik tentang strategi promosi perniagaan menggunakan SEO bagi memperkenalkan jenama anda kepada golongan sasar yang tepat atau ‘niche market’ dan ianya adalah PERCUMA.
Strategi Promosi Perniagaan Media Sosial
Selain itu, strategi promosi perniagaan online yang popular dan menjadi ikutan para peniaga atau usahawan masa kini ialah media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan yang menjadi satu trend masa kini ialah Tiktok.
Ramai yang tergila-gilakannya dan beralih menggunakan platform ini tanpa menyedari algorythym kesemua media sosial adalah sama iaitu bermotifkan keuntungan.
Ambil contoh algorythm facebook pada 2018, setiap ‘posting’ secara organik tidak sampai 3 peratus pun audien dalam ‘friend list’ atau ‘likes’ atau ‘followers’ akan nampak apa yang diposkan kecuali berlakunya ‘engagement’ atau ‘relations’ seperti ‘like’, ‘comment’, ‘view’, ‘share’ dan lain-lain lagi.
Bagaimana pula pada 2023? Berkemungkinan algorythmnya tidak sampai pun 1 peratus ‘reached’ secara organik.
Ini jelas menunjukkan untuk menyampaikan sesuatu mesej strategi promosi perniagaan perlu ada kos tertentu dalam bentuk iklan berbayar seperti Fb Ads, Tiktok Ads dan lain-lain lagi.
Strategi Promosi Perniagaan ‘Direct Message’
Satu lagi strategi promosi perniagaan yang sering digunakan ialah ‘direct message’ atau menghantar mesej tentang sesuatu perniagaan yang dilakukan melalaui pelbagai platform seperti emel, wasap, massenger, telegram dan lain-lain lagi.
Banyak masa dihabiskan untuk mengumpul data-data, kemudian mesej dihantar terus secara peribadi kepada ‘bakal pelanggan’.
Persoalannya adakah orang yang menerima mesej tersebut membuka atau membacanya dan merupakan mereka yang mebuat keputusan.
Sekiranya ada yang membuka dan membaca, adakah ianya merupakan satu keperluan dan kehendak mereka?
Strategi promosi perniagaan sebegini dilihat ada kelemahannya kerana sesetengah individu tidak mahu privasi mereka diganggu.
Bayangkanlah anda menerima mesej tentang promosi sesuatu perniagaan daripada sahabat anda sendiri setiap hari melalui wasap. Bagaimana perasaan anda?
Dua Kaedah Strategi Promosi Perniagaan
Jadi jelaslah ketiga-tiga strategi promosi perniagaan yang telah dibincangkan tadi matlamatnya hanya satu iaitu memberitahu audien sasaran tentang kewujudan perniagaan yang anda lakukan.
Mesej yang disampaikan kebiasaanya diulang tidak mengira masa, ambil contoh strategi promosi perniagaan Mee Maggie yang berbunyi ’cepat dimasak, sedap dimakan’ mengambil masa yang lama untuk sebati dalam fikiran audien sasaran.
Hukum pemasaran yang menyebut ‘6 until it sticks’ ada kebenarannya, 6 kali melihat sesuatu yang sama akan membuatnya terlekat di fikiran atau ‘awareness’, belum lagi membuat keputusan atau ‘call to action’.
Sebab itulah iklan Mee Maggie walaupun sudah lebih 40 tahun wujud tetapi masih disiarkan sampai ke hari ini.
Walau bagaiamanapun dalam pemasaran ada dua kaedah yang sering diguna untuk memberitahu iaitu ‘push marketing’ dan ‘pull marketing’.
Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri, terpulang kepada anda untuk mengguna pakai kaedah yang mana satu sebagai strategi promosi perniagaan.
Strategi Promosi Perniagaan ‘Push Marketing’
’Push Marketing’ satu strategi promosi perniagaan yang sering digunakan dalam menyampaikan mesej sesuatu perniagaan, ianya bertujuan untuk memberitahu kewujudan jenama sesuatu perniagaan.
Antaranya ialah iklan-iklan yang disiarkan di tv, akhbar, majalah dan papan tanda, manakala secara online pula melibatkan iklan berbayar di media-media sosial seperti Fb Ads, Tiktok Ads, IG Ads dan lain-lain lagi.
Matlamatnya adalah untuk menyebarkan atau memaksa orang ramai melihat sesuatu perniagaan tersebut bagi meningkatkan kesedaran sesuatu jenama.
Namun strategi promosi perniagaan sebegini tidak berfungsi secara organik, ia memerlukan kos yang tinggi untuk jangka masa tertentu.
Walaupun iklan sebegini melibatkan kajian profil demografi dan minat audien sasaran, namun ianya bukan untuk terus menarik audien membeli kerana apa yang dilihat bukan merupakan keperluan dan kehendak mereka.
Strategi promosi perniagaan sebegini amat berkesan dalam memberi kesedaran kewujudan sesuatu jenama atau ‘brand’ dengan harapan akan berlakunya ‘brand loyalty’ untuk jangka panjang.
Strategi Promosi Perniagaan ‘Pull Marketing’
Manakala ‘Pull Marketing’ pula bersifat menarik mereka yang mencari terus kepada perniagaan yang kita lakukan.
Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini ianya ada kaitan dengan ‘search text’ mengenai apa yang dicari pada enjin carian internet seperti Google.
Setiap perkataan yang dicari ada pengkalan data tersendiri berdasarkan jumlah carian bulanan, apa yang anda perlu lakukan ialah mengenal pastinya dan membuat orang yang mencari menjumpai perniagaan anda pada muka hadapan Google.
Strategi promosi perniagaan sebegini dipanggil SEO, walaupun jumlah carian sesuatu ‘keyword’ agak kecil berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia, namun anda telah berjaya menarik kelompok yang mencari atau perniagaan anda berada dalam ‘niche market’.
Kaedah ini amat jarang dilakukan oleh para peniaga dan dilihat sebagai trend baru pada 2024 kerana ianya adalah percuma.
Kos yang terpaksa anda tanggung adalah kecil, sekiranya anda mampu lakukan sendiri, ianya lebih kepada masa yang diperuntukkan.
Aanda juga boleh mengupah orang yang pakar dalam bidang ini untuk melakukan ‘keyword research’ dan seterusnya menulis pemasaran kandungannya.
Kelebihan strategi promosi perniagaan ‘pull marketing’ SEO:
1. ‘Inbound focus’ – Sasaran tepat atau ‘niche market’.
2. Buatkan pelanggan kenali produk atau jenama.
3. Bermotifkan pemasaran dan penyelesaian masalah.
4. Lebih fokus kepada proses belian.
5. Kos rendah.
6. Proses jualan adalah singkat.
Strategi Promosi Perniagaan Profil Demografi
Sudah semestinya anda mengharapkan impak positif berbentuk jualan daripada strategi promosi perniagaan yang dilakukan kerana tanpa jualan sudah pasti sesuatu perniagaan tidak dapat bertahan lama.
Perlu diingat tidak semestinya apa yang dilakukan itu berkesan, namun usaha perlu diteruskan tanpa henti untuk mengenali dan memahami profil demografi perniagaan yang anda lakukan.
Sentiasalah mencari jalan bagaimana ‘nak bagi orang tahu…dan tahu…dan tahu’ dengan cara yang paling bijak dan lebih efisien.
Anda juga tidak boleh semata-mata bergantung kepada semua input-input yang ada dalam syarikat berkembang sendiri sebagai strategi promosi perniagaan untuk membuahkan hasil.
Pastinya ia memerlukan sokongan daripada luar dalam mengerakkan strategi promosi perniagaan bagi memastikan kesinambungan aktiviti pada input-input syarikat beroperasi dengan baik.
Ketahui lebih lanjut bagaimana strategi promosi perniagaan percuma ini boleh membantu anda. Klik Di sini Sekarang