Keuntungan bersih sebanyak US$180 bilion yang dimiliki seorang individu hasil daripada rancangan perniagaan selama 26 tahun merupakan inspirasi setiap usahawan di seluruh dunia.
Malah dengan memiliki aset bersih sebanyak itu hasil daripada perniagaan yang dijalankan tanpa mengenal erti penat dan jemu, beliau telah dinobatkan sebagai individu yang terkaya di dunia dengan memintas Bill Gates Microsoft.
Apa yang dimiliki beliau adalah kerana berani mengambil peluang ke atas peredaran masa yang menyebabkan dunia semakin berubah dan mengadaptasinya dalam rancangan perniagaan baharu.
Itulah yang dilakukan oleh Jeffrey Preston Bezos atau Jeff Bezos yang memulakan rancangan perniagaan membuka sebuah kedai buku dengan bantuan beberapa pekerja di Seattle, Washington, Amerika Syarikat, pada 1994.
Bermula dari situ dia mula membangunkan sebuah laman web menjual sebagai salah satu misi rancangan perniagaan dengan nama amazon.com.
Rancangan Perniagaan Kalahkan Wallmart
Sekitar tahun 2020an dunia dikejutkan apabila Wallmart iaitu rangkaian pasar raya hiper terbesar di Amerika Syarikat mengalami kemerosotan jualan yang ketara setiap tahun selepas pandemik COVID-19.
Wallmart yang ditubuhkan pada 1962, mempunyai kira-kira 4,700 cawangan di seluruh Amerika Syarikat hanya menguasai 3.6 peratus syer pasaran runcit di negara tersebut.
Keadaan ini berbeza sekali dengan Amazon yang bermula pada 1994 iaitu sebuah entiti yang bergiat aktif dalam perniagaan runcit secara dalam talian menguasai 44 peratus syer pasaran runcit Amerika Syarikat.
Menariknya, rancangan perniagaan Amazon yang dimiliki Jeff Bezos tidak mempunyai cawangan seperti Wallmart, transaksi penjualan dan belian hanya berlaku pada platform e-dagang di internet.
Malah pada 29 Julai, 2017, nilai harga saham Amazon di Bursa Saham New York (NYSE) telah melintasi nilai harga saham Microsoft dan dipercayai nilai ekuitinya telah mengambil alih kedudukan Bill Gates.
Rancangan Perniagaan Perlukan Inovasi
Sekiranya Wallmart ingin bersaing dengan Amazon dan mengukuhkan kembali kedudukanya di pasaran, satu bentuk rancangan perniagaan yang baharu perlu dilakukan bagi mengelakkan syarikat tersebut terus berkubur.
Rancangan perniagaan berbentuk teknologi disruptif perlu diadaptasikan bagi menyesuaikan perniagaan dengan kehendak semasa yang lebih bersifat inovatif.
Istilah ‘disruptive technology’ atau teknologi mengganggu atau disruptif, pertama kali diperkenalkan di Harvard Business School oleh Profesor Clayton M Christensen pada 1995.
Ianya dikaitkan dengan industri permotoran di Amerika Syarikat bagi menggantikan teknologi produk sedia ada, bagi mengwujudkan industri baharu yang lebih mantap dan kompetitif.
Jika dilihat dari aspek perniagaan pula, inovasi yang dilakukan itu bertujuan mengwujudkan rangkaian pasaran baharu dan memberi nila tambah ke atas produk.
Sudah pasti ia akan mengugat firma-firma yang sedia ada atau dengan kata lain menggantikan perniagaan lama dengan yang baharu.
Rancangan perniagaan sebeginilah yang dipraktikkan oleh Amazon ke atas pesaing terdekatnya Wallmart sehingga pegangan syer pasaran peruncitan syarikat gergasi terbesar di Amerika Syarikat itu merudum ke 3.6 peratus dalam masa yang singkat.
Rancangan Perniagaan Teknologi Disruptif di Sekat
Dunia tanpa sempadan, itulah yang sering diperkatakan apabila segala maklumat berada pada hujung jari bila adanya internet.
Persolannya bolehkah teknologi disruptif sebegini dikawal atau kita sebagai pengguna terpaksa mengikut arus dengan berpaksikan nilai-nilai murni yang sememangnya tebal di kalangan masyarakat kita.
Seperti contoh apa yang berlaku di Indonesia di mana Presiden Jokowi baru-baru ini, terpaksa mengambil tindakan mengharamkan platform e-dagang media sosial Tik Tok di seluruh negara tersebut.
Ianya bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran, selain harga murah yang ditawarkan telah menjejaskan perniagaan kecil dan sederhana di luar premis.
Alasan yang diberi ada munasabahnya di mana ramai para peniaga kecil sederhana di Pasar Tanah Abang, Jakarta dan Pasar Baru, Bandung, merungut mengalami kekurangan pengunjung semenjak aplikasi e-dagang Tik Tok menjadi media utama dalam urusan perniagaan di sana.
Malah ada di kalangan para peniaga Pasar Tanah Abang berkata, sekiranya keadaan begini berterusan mungkin operasi perniagaan di bangunan 5 tingkat ini terpaksa ditutup.
Sepatutnya sebagai usahawan peluang yang ada pada media sosial berkenaan dimanfaatkan sebagai inovasi baru dalam rancangan perniagaan yang perlu ditambah nilai dengan mempelajari teknik-teknik perniagaan baru bagi menguatkan lagi produk-produk tempatan.
Rancangan Perniagaan Melawan Arus
Sampai bila Jokowi terpaksa melawan arus dan menyokong rancangan perniagaan konvensional sebegini kerana majoriti peniaga di situ adalah golongan yang boleh dikatakan terdiri dari golongan ‘late adopters’.
Suatu masa nanti mereka akan digantikan oleh golongan ‘early adopters’ atau generasi baru yang lebih peka dengan situasi semasa, di mana internet sememangnya menjadi salah satu gaya hidup mereka buat masa kini.
Rancangan perniagaan kovensional sebegitu masih lagi bertapak di kalangan para peniaga atau usahawan di Malaysia, buktinya risalah bercetak dan sebagainya masih lagi diedarkan di karnival-karnival jualan sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran.
Ianya dilihat sebagai satu cara yang tidak kompetitif kerana kos mencetak agak tinggi.
Manakala skop edarannya pula bersifat insitu iaitu tidak menyeluruh dan berlegar di satu kawasan sahaja yang mana pengakhiran apa yang diedarkan akan ke dalam tong sampah juga.
Rancangan Perniagaan Stereotaip
Tidak cukup dengan itu, strategi pemasaran sebegini masih diguna pakai dan menjadi contoh dalam salah satu skop pengisian rancangan perniagaan masa kini.
Apabila sebut rancangan perniagaan, ramai di kalangan kita membayangkan apakah langkah yang perlu dibuat sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Lantas pelbagai rujukkan dibuat samada secara konvensional atau secara dalam talian bagi memastikan kertas cadangan yang bakal dipersembahkan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ianya bertujuan bagi memastikan kertas cadangan tersebut memperolehi markah A+++.
Lantas terhasillah rancangan perniagaan bersifat stereotaip sama seperti 20 tahun yang lalu, tanpa memikirkan apakah ianya masih relevan pada era masa kini.
Objektif Rancangan Perniagaan
Objektif utama sesuatu kertas cadangan dibuat adalah untuk menarik pelabur dan juga mendapat dana samada dari pihak bank atau geran daripada kerajaan.
Antara perkara-perkara yang perlu disentuh ialah:
1. Produk
2. Pengurusan dan Organisasi
3. Pemasaran
4. Operasi Pengeluaran
5. Kewangan
Topik-topik tersebut memerlukan perincian dalam menghasilkan rancangan perniagaan yang menarik dan kreatif. Malah ianya menjadi trend atau ikutan semua pihak samada pemohon dan yang melulus.
Bukan setakat itu sahaja, ianya merupakan prosedur yang perlu dipatuhi apabila mengemukakan kertas cadangan.
Sesuatu perniagaan atau rancangan perniagaan yang hendak diajukan sudah semestinya dari sesuatu perniagaan yang sudah pun bermula dan bukan setelah kertas kerja mendapat kelulusan baharu hendak memulakannya.
Pengalaman yang dilalui dan solusi kepadanya merupakan elemen penting yang perlu dipersembahkan bagi menjamin kualiti sesuatu rancangan perniagaan.
Rancangan Perniagaan, Minat & Kesabaran
Sudah pasti kisah-kisah pahit yang dilalui merupakan salah satu kunci utama kejayaan sesuatu rancangan perniagaan yang dilakukan apabila ianya dipraktikkan.
Selain pengalaman, minat juga memainkan peranan penting dan tanpanya perniagaan tidak akan bertahan lama sekiranya ditimpa sebarang permasalahan di luar kawalan pengusaha.
Sebagai contoh selama dua tahun dunia diancam pandemik COVID-19, ramai di kalangan usahawan dan peniaga mengalami kerugian yang teruk.
Ada di kalangan mereka sampai ke hari ini tidak mampu untuk bangkit kembali meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini, kalau ada pun menceburi rancangan perniagaan yang baharu.
Jadi jelaslah hanya dengan minat, kesabaran seseorang itu akan berada pada tahap yang tinggi walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan ujian.
Ketahui cara teknologi disruptif sebagai tambah nilai kepada rancangan perniagaan anda. Klik Di sini Sekarang